Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Archive for the ‘Ikan Pekasam’ Category

Jualan Kuah Rojak Mak Bee

with 3 comments

Salam,

Ahaks, berita baik. Harga kuah rojak Mak Bee insyAllah stay on the same old price for this stock :D .. Stock ada tinggal lagi 27 pack sahaja. Sapa cepat dia dapat. Check real time countdown stock kat bahagian atas blog ni keh.

Pekasam Ikan puyu SOLD OUT. Cepat gila. Wakaka. Ingat takde orang nak amik seminggu dua ni. Kalau ade orang nak, bgtau aku, abg aku balik minggu ni, leh la minta dia belikan nanti.

Perak ape cerita? Malas nak cerita, tapi aku tau susah nak bubarkan DUN kalau D.S Najib ada ;)

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

March 3, 2009 at 2:40 am

Balik Kampung

leave a comment »

Salam semua,

Malam ni aku balik kedah naik bas je keh. Motif utama gi ofkos la jumpa parents, sambil2 leh gi kenduri chemun ngan pokcik. Ngehehe.

So dah balik kedah, macam besa, sapa nak order

  • Ikan puyu pekasam, satu pek RM10, berat lebih kurang 600gm (ikut harga la, kalau murah boleh la dapat lagi banyak kan, aku tak tau harga semasa ikan darat skang, apa pun aku akan jadikan berat = RM10 ok..)
  • Rojak Mak Bee aku amik stock 30 pack (naik bas jenuh bawa banyak2). Kali ni kalau harga naik aku terpaksa naik. Doakan harga menten :D
  • Special request macam: bahulu panas pekan rabu, ikan masam, ikan masin juga akan diambil. ;)

Haha, sapa yang gi Alor Star kenduri che mun tu. Sila sila lah serbu umah aku. Haha, bgtau awal2, tidak pening + terkejut isteri aku nanti :D .. call aku di 013 352 6642 dulu sebelum serbu keh.

Haish, bulan 3, penuh ngan orang kawen nya schedule. 15 Mac 4 pasang di 4 tempat berbeza. Gila seh~

regards,
TeMMon~

Written by aizat84

February 27, 2009 at 4:00 am

Balik Kampung

with one comment

Salam semua,

Malam ni aku balik kedah naik bas je keh. Motif utama gi ofkos la jumpa parents, sambil2 leh gi kenduri chemun ngan pokcik. Ngehehe.

So dah balik kedah, macam besa, sapa nak order

  • Ikan puyu pekasam, satu pek RM10, berat lebih kurang 600gm (ikut harga la, kalau murah boleh la dapat lagi banyak kan, aku tak tau harga semasa ikan darat skang, apa pun aku akan jadikan berat = RM10 ok..)
  • Rojak Mak Bee aku amik stock 30 pack (naik bas jenuh bawa banyak2). Kali ni kalau harga naik aku terpaksa naik. Doakan harga menten :D
  • Special request macam: bahulu panas pekan rabu, ikan masam, ikan masin juga akan diambil. ;)

Haha, sapa yang gi Alor Star kenduri che mun tu. Sila sila lah serbu umah aku. Haha, bgtau awal2, tidak pening + terkejut isteri aku nanti :D .. call aku di 013 352 6642 dulu sebelum serbu keh.

Haish, bulan 3, penuh ngan orang kawen nya schedule. 15 Mac 4 pasang di 4 tempat berbeza. Gila seh~

regards,
TeMMon~

Written by aizat84

February 27, 2009 at 4:00 am

Jualan Kuah Rojak Mak Bee masih berlangsung~!

with 3 comments

Salam,

Pada sesiapa yang nak beli. Stok ada lagi 9 sahaja. Sapa cepat dia dapat. Pada yang lambat dan membuat tempahan tanpa sebarang pembayaran lagi, harap berjaga2 :p Mungkin anda punya tempahan di kebas orang. Malas nak simpan kuah rojak ni Lelama. Expired date dia pun makin hampir 3 June 09

Kepada peminat pekasam, anda boleh order bebila masa sahaja. InsyaAllah, aku pulang kampung, leh amik untuk sesapa yang kepunan nak makan.

Pada yang ingin menghias bilik tidur. Cadar still aku jual dan pada rakan2 aku, aku siap jual installment lagi. 100% Cotton. Jenama makin popular. Minggu lepas masuk surat khabar lagi. Jenama ni pun dah banyak di cetak rompak tapi quality takkan sama punya. ;)

Contact nombor aku keh. Either sms/call @ 013 352 6642 [Aizat]

Fakta mengenai Kuah Rojak Mak Bee:

Adakah anda tahu pembuat Kuah Rojak Mak Bee ini berasal dari keturunan Cina? Ya, Ia sangat benar. Dan sekarang ni ramai orang yang nak ciplak ciptaan nya. Jaminan aku: Kuah rojak aku kuah adalah ori. Amik sendiri dari kilangnya di Jalan Serai, A.Star. (Cina Muslim ok~! :P)

Dan aku antara penjual kuah rojak yang tak balik modal. Haha, sebab niat bantu beli untuk kawan2 sahaja. Just for fun. Sebab tu murah ;). Sampai ada client suruh naikkan skit sebab kesian kat aku. Terima kasih. Its ok, its orite, common ijat fight3x~

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

February 10, 2009 at 8:37 am

Cara Penyediaan dan Masak Pekasam

with 6 comments

Salam semua,

Disebabkan ada orang tertanya-tanya apakah itu Ikan Pekasam. Bagaimana nak makan. Apa bentuknya. Macammana pembuatannya. Maka aku telah sediakan apa yang patut untuk anda memahaminya. (teliuq la plak)

Took direct from anakperlis.com. Takut bagi ajaran sesat nanti kan. Baik quote orang nye. Haha. Nak baca dari site dier susah skit. So aku edit la skit kan.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus 1 cawan asam jawa

Cara Pemprosesan:

1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk

Cara Penyediaan:

1. JANGAN BASUH ikan pekasam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasam dengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
3. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan. (takkan nak kena ajar lagi kot :p)
4. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
5. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
6. Sedia untuk hidangkan.

TARAAAA~~~~!!!!

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

August 1, 2008 at 7:58 am

Pesanan Rojak Mak Bee Dan Pekasam telah di buka

with 22 comments

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hari Jumaat yakni bersamaan 1 Aug aku akan berada di Alor Star, Kedah. Tujuan utama melawat ibunda dan ayahanda tercinta di kampung. Maka sambil menyelam minum air. aku membuka tempahan untuk semua kawan2 untuk menempahnya dan segala barang akan di ambil terus dari Pekan Rabu.

Berikut adalah sedutan2 barang yang dijual :p

Kuah Rojak Mak Bee dijual pada harga RM10 untuk 3 bekas diatas

Ni ikan pekasam (diperam .. bau cam haram.. serious) .. Macam ni la korang dapat nanti

Goreng sahaja, tambah bawang besar dengan cili. Cedap ho~!

Untuk Ikan Pekasam, harga tak ditetapkan. Sebab sentiasa berubah. Maka bagitau jenis ikan (selalu ikan darat/sungai) spt ikan sepat, puyu dan sebagainya. Belian Ikan pekasam boleh ditetapkan dengan harga (contohnya bgtau aku nak ikan pekasam sepat rm10) atau pun dengan menilai berat ikan tu (cth: nak ikan perkasam puyu 2kg keh)

Barang2 lain boleh juga tempah. Tak kisah nya :D

So, anda boleh sms ke 013 352 6642 atau pun terus je tinggalkan pesanan kat ruang komen post ni keh :D

More about ikan pekasam click here, here

Regards,
TeMMon

Written by aizat84

July 30, 2008 at 4:27 pm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.