Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Aku mencari jalan yang terbaik~

with 12 comments

Salam,

Ok, aku try upload. Jgn la sedey rakan2. Ahaha.

Sorang-sorang kawan aku keluar dari kepompong emas di Cyberjaya. Seronok aku tengok offer diorang. Aku ada gak gi dua interview. Satu takde respon terus. Senyap. Satu soal aku pasal computer security sampai aku kecut perut. Apa maksud dua2 interview aku pergi? Aku simpulkan aku tak cukup pengalaman dalam bidang yang aku minta. Ahaha.

Dah dekat 5 bulan aku duduk di office tanpa official project. Ahaha, anda yang banyak kerje mesti cakap best. Tapi busan tak terkata. Ya, macam makan gaji buta. Tapi kena cukupkan 8 jam duduk di opis. E-learning? Kat uni dulu buku pun aku jarang buka okkeh..

So setelah lama bertapa. Aku terfikir sebelum aku kerja. Matlamat Hidup aku dahulu. Aku cucuk thumb drive merah aku yang aku beli pada tahun 2003, Rm140, 128mb. Ahaha. Kat situ aku simpan cita2 aku sejak dari uni:

  • Pegawai Tadbir & Diplomatik = abah suruh masuk sangat2 dari aku masuk Uni, tapi abah dah berubah fikiran. Buat apa belajar IT pastu tiba2 masuk bidang Kemanusiaan?
  • Bekerja di MNC = sekarang aku dah berada di salah sebuah syarikat MNC tanpa kerja. Hahaha. TERcapai okkey.
  • Business= argh, aku ada buat freelance. Tapi aku tidak cekap web designing, so aku minta bantuan kawan2 yang memerlukan

< Daripada Semua diatas. PTD aku dah tolak bulat2, sebab bukan bidang aku. Yang ke dua aku dah capai, tapi takde keje. Gile busan. Yang ketiga. Aku tengah godek2 balik.

Ahha, aku teringat lagi, sebelum menjejakkan kaki di MNC. Aku penah berikrar. Kalau tak dapat MNC, aku akan buat sendiri. Hehe. Time tu aku dah register satu kompeni bawah enterprise. dan berjaya dapat 3 project. Agak membanggakan. Dan setengah duit tu la aku dapat kawen dengan isteriku.

Tadi dapat panggilan telefon dari Abah, Abah push lagi .. “there is someone that can help u in business, kalau nak serius la..” Kalau aku mahu…

Aku mmg sangat mahu. Tetapi aku tak dapat berdiri seorang. Kalau aku masuk business. Ianya bukannya bertaraf enterprise. Ianya dah melangkah ke Sdn. Bhd. Aku perlukan rakan yang dapat membantu. Argh.. susah nya. Tapi tak pa. “Try buat seorang dengan bantuan orang yang nak tolong tu” Aku try stand alone sebelum dapat cari rakan yang berani ikat perut sama2. Aku try dulu, kalau rasa leh coupe dan handle, aku boleh la cari orang makan gaji dengan aku nanti.

Apa pun aku nak try istiwarah sehari dua ni. Kompem kipas bilik aku jadi mangsa tenungan tajam aku di malam hari lepas ni. Hurm.

Yang buntu,
TeMMon~

Written by aizat84

April 27, 2009 at 2:27 pm

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. jat bisnes ape tu? tunang aku dlm proses form sdn bhd for IT biz and civil engineering tender.
    skrg byk tender kementerian masuk, tapi asyik pinjam profile kontraktor lain je, rugi la pasal nak kne bagi komisen pasal pinjam profile dorg kan. aku rase korg patut bersemuke la, pasal due2 otak ligat bisnes. aku caye korg mesti bleh build up sumthing new in technology. aku dengar je, tak masuk cmpur. aku suri rumah. walaupun aku minat, tapi aku rasa tempat aku kat dapur gak 1 hari nanti.😦

    pestisid

    April 27, 2009 at 6:10 pm

  2. Ahaha .. yup .. lebey kurang cam tunang ko .. ahaha .. aku kalau boleh nak ana duduk kat TM je. GLC yang secure. Biar aku cari makan ngan tender2 kerajaan. tender 3 tahun kerajaan, dapat 3-4 pun dah cukup. Makan tak habis. Tapi aku bukan tender built software/system. More to supply/maintenance/couching ja.

    Nak wat sdn bhd ni capital la sakit. Nak kena ada duit. Aku dah ada orang nak support duit. Tuh aku tengah pikir2 kan tu. Ahaha.

    M@YaZ

    April 28, 2009 at 4:34 am

  3. Bagus2..do the best..

    A.J.

    April 28, 2009 at 6:58 am

  4. jat,
    ko ni same sbijik cam tunang aku lah, bukan dr segi size la. haha.
    die pon more on supplying brg2, networking, consultation, sampai ke sipadan nuh. pastu projek2 tender utk engineering field. jat, kalau ade projek, takde lesen kontraktor leh try cari aku. ada mcm2 jenis ni, dr civil, ke elektrikal, cctv smue we all ade cmplete.

    ktorg nak upgrade je enterprise ke sdn bhd. ko jgn setup yg baru, psl cmpany lame ko knfem dh operate >6 bulan kan, so kalau ade pape usahasama ngan mara ke, ape ke snang, cmpany dh mature. yg pntg ko kene register finance lah,audit2 skit then kene buat byr gaji, ade epf smue. anyway aku ade auditor contact. kalau nak, bgtau. die leh audit blk from the scratch financial ko. baru le establised. ko pun mesti tau kan. hurm..

    pestisid

    April 28, 2009 at 6:59 am

  5. Ajat..nk bukak IT kampeni ke?erkkk..
    bestt tu dah ada orang nk kasi modal…huhuh…

    Afida Anuar

    April 28, 2009 at 8:08 am

  6. haha ..

    a.j -> thanks ya

    lisa -> hehe .. yang electrical dan telecommunication aku tak risau .. ada backup banyak .. sepupu aku semua contracter .. kompeni IT ni baru tapi bawah wing derang .. so nampak experience lama dalam business tu ada ..

    kak fida -> baru merancang nak lebarkan sayap .. hehe .. ntah jadi ntah tidak .. wallahuaklam .. doa2 kan la ye

    M@YaZ

    April 28, 2009 at 11:11 am

  7. go for it.. pejam mata.. jalan jek.. hahaha..
    aku mau makan gaji dulu dlm tempoh 5tahun ni.. bg selesai loan aku…

    Nuar

    April 28, 2009 at 11:12 am

  8. wah.. jom join ngan aku.. kompeni aku supply brg je. maintenance, training xde lg sbb pekerje xdok. supply barang pun kat universiti2 awam je. aku ingat nak upgrade sdn. bhd. nanti bole dpt tender kerajaan lebih dr RM10000. skang ni pemilik tunggal limit RM10000 je max. tp kalo nak upgrade sdn bhd, kena 2 owner yg ade degree Sains komputer ngan electrical engineer. baru boleh supply brg2 it. kalo ade degree it aje boleh buat system je. aku dah tanye kat SSM

    shauqi

    April 29, 2009 at 4:01 am

  9. go..go..go..ijat!! u can do it! =)

    NaZRaHKu =)

    May 4, 2009 at 7:42 am

  10. jat ko ade kontraktor kelas A x? ni ade projek banyak nih, tapi nak kelas A. aku jadi proxy ko boleh la hahaha.

    pestisid

    May 4, 2009 at 11:52 am

  11. kontraktor class A? Ayah aku la .. ahaha ..

    M@YaZ

    May 5, 2009 at 12:14 pm

  12. nuar -> hehe .. ko hebat dari aku .. aku tak mampu menaruh cita2 macam ko ..

    shauqi -> hehe .. menarik .. tapi buat masa ni buat aku try atas company orang lain. Dia tak kisah aku pakai nama dia .. janji aku buat semua yang aku janji pada client ..

    naz-> thanks .. ill try my best ..

    M@YaZ

    May 5, 2009 at 3:16 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: