Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Surat terbuka kepada Datuk Seri Khir Toyo – Berundur buka bererti kita lemah.

with 3 comments

Kiriman dari ahli UMNO Kuala Langat,

Dengan hati yang luhur dan ikhlas saya berharap Datuk Seri Khir dapat meluangkan masa membaca surat terbuka ini yang saya tujukan khas kepada Datuk Seri atas dasar perubahan yang Datuk Seri laungkan selama ini. Datuk Seri pernah mendesak agar ada perubahan dalam UMNO dan menjadi kumpulan pendesak yang mendesak agar Perdana Menteri berundur demi menyelamatkan UMNO dan Datuk Seri jugalah yang menjadi salah satu suara yang lantang mendesak akan perubahan dalam UMNO.

Hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telahpun melaksanakan proses peralihan dan memberikan lalauan kepada Timbalan beliau untuk menang tanpa bertanding dan Insyaalah segalanya akan berjalan dengan lancar menjelang April 2009. Dalam desakan Datuk Seri kepada Presiden parti seolah-olah Datuk Seri langsung tidak merasa bersalah dengan kekalahan besar UMNO di Selangor dan tergadainya maruah UMNO di Selangor.

Datuk Seri seolah-olah meletakan semua tanggungjawab berkenaan kepada Presiden Parti dan sebagai Ketua sebuah negeri Datuk Seri tidak pernah merasakan bersalah dan jauh sekali mengakui akan banyak kesilapan dan penyalah gunaan kuasa dan rakyat miskin teraniaya dan terabai di bawah kepimpinan Datuk Seri. Sebenarnya apa yang berlaku kepada Datuk Seri adalah pintu keluar yang telah ditunjukan oleh rakyat Selangor yang tidak dapat menerima cara kepimpina Datuk Seri yang angkuh dan langsung tidak mahu mendengar suara rakyat. Memang benar Datuk Seri telah melepaskan jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kepada Tan Seri Mohd Mohamad Taib dan kami hargai apa yang telah Datuk Seri lakukan dan sememangnya wajar tindakan yang telah Datuk Seri lakukan.

Adalah lebih baik jika Datuk Seri memikirkan pula untuk melepaskan “title” Ketua Pembangkang UMNO kerana ianya langsung tidak relevan kepada Datuk Seri kerana rakyat sudah tidak mempercayai apa saja yang keluar dari mulut Datuk Seri. Walaupun perkara yang Datuk Seri nyatakan adalah perkara yang benar tetapi ianya akan menjadi satu back fire kepada UMNO kerana yang bercakap adalah Datuk Seri. Ada yang berkata, mana orang percaya si penyamun yang mendedahkan keburukan penyamun yang lain walaupun ada peribahasa Inggeris yang bermaksud, hanya pencuri saja yang boleh menangkap pencuri.

Contohnya, apabila Datuk Seri mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang, beliau akan mendedahkan balik kepincangan Datuk Seri yang lalu. Lagi banyak Datuk Seri dedah lagi banyak beliau akan mendedahkan kembali, ini merugikan UMNO kerana usaha untuk mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang boleh kita ibaratkan bagai mencurah air ke daun keladi.

Adalah baik jika kepincangan ini kita serahkan kepada pemimpin lain yang mendedahkan seperti Ketua Pemuda UMNO Shukur dan adalah baik beliau sendiri dilantik untuk menjadi Ketua Pembangkang. Datuk tidak perlu bimbang, jika sekiranya Selangor kembali ke tangan BN. Datuk tidak akan dilantik untuk menjadi Menteri Besar lagi. Adalah baik jika sekiranya Datuk Seri berehat dari politik sepenggal dan memperbaiki akan imej Datuk dan kembali semula dalam politik selepas itu.

Datuk Seri masih muda dan banyak masa lagi. Datuk Isa yang di gantung keahlian beliau, kini kembali untuk bersaing dalam pemilihan ini dan berjaya melepasi kuota Naib Presiden UMNO. Demi UMNO dan bangsa Melayu, adalah lebih baik Datuk Seri lepaskan title Ketua Pembangkang kerana bukan hanya Datuk Seri yang mahu perubahan, ahli UMNO Selangor juga mahukan perubahan di Selangor. Adalah tidak adil Datuk Seri masih tidak berubah setelah tewas sebesarnya di Selangor tetapi Datuk Seri pula yang menjadi pendesak agar Presiden parti berundur. Datuk Seri juga perlu berundur demi parti dan jika sekiranya sayangkan parti dan UMNO.

Mungkin Datuk Seri langsung tidak nampak akan kelemahan Datuk Seri kerana kita tidak akan nampak akan kelemahan kita tetapi rakyat yang menilainya. Buktinya rakyat Selangor telah meterjemahkan maksud yang tersirat, itulah bukti penilain rakyat terhadap Datuk Seri. Masakan kuda yang telah tempang boleh masuk ke gelanggang lagi dan bertarung di medan perang, Datuk Seri ……..

Berehat dan berundur buat seketika adalah penyelesaian yang paling baik dari tewas dalam gelanggang dan hilang kehormatan, berundur bukan bererti kita kalah. Berundur untuk mencari kekuatan dan mahasabah diri untuk mengesan kelemahan dan kembali dengan satu tenaga yang baru. Perbaiki lagi dan kenali team Datuk Seri, adakala pemimpin ini lemah kerana orang-orang disekeliling.

Dengan rela hati mengizinkan surat terbuka ini di edarkan dan di cetak kembali di laman-laman web lain agar ianya akan sampi kepada pembacaan Datuk Seri Khir Toyo.

Written by aizat84

February 26, 2009 at 2:52 am

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kuikuikui..mkn dalam punyer ayat..kalo dato’ seri x terasa lg x tau la den…

    nurul husna

    February 26, 2009 at 3:51 am

  2. “Contohnya, apabila Datuk Seri mendedahkan kepincangan Menteri Besar Selangor sekarang, beliau akan mendedahkan balik kepincangan Datuk Seri yang lalu.”

    haha.. kontoi sume keje jahat die… org umno sendiri tau..kekekekek

    shauqi

    February 26, 2009 at 3:58 am

  3. jat….tol nek..ape lagiiii….blasaaahhh!!hahaha

    Muhamad Hanif

    February 26, 2009 at 5:39 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: