Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Hadiah dari Kerajaan Kesangan BN~!

with 5 comments

Salam kawan2,

haha, Kerajaan memberi hadiah lagi tika rakyat di buang kerja, ekonomi makin tak stabil, subsidi dikurangkan dan sebagainya. TOL akan naik 1 MAC. Apa yang memusykilkan aku kenapa macam tergesa2 dia nak naikkan tol? Yang peling penting Kenaikkan ni akan menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihanraya Kecil bulan April ni. Isu ni akan di ketengahkan lagi oleh pembangkang. Dan kenaikkan ini seperti meraikan Najib yang akan mengambil alih UMNO pada bulan MAC ini.

Dan lebih penting, tokey2 company dah senyum lebar:

  • Naikkan harga barang
  • Naikkan harga tiket bas
  • Sapa bershopping atau beli keta dapat rebate Touch n GO
  • dan macam2 lagi.

Yang penting rakyat mahean yang terhimpit. Yang terhimpit terus dihimpit. Subsudi kereta (duit amik masa renew road tax) tak kasih dah. Haha. Apa pun, selamat memerintah la wahai Be eNd haha.

Ni berita aku dapat dari Kelab Greenboc:

Kerajaan Barisan Nasional meneruskan Tradisi Menzalimi Rakyat dengan mengumumkan kenaikan harga Tol bermula Ahad ini (1 Mac).

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Written by aizat84

February 26, 2009 at 6:38 am

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Tol2 ni je? Lebuhraya pantai timur? tade kan? huhuhu..
    adehh time ni la nk naik tol… baik punye kerajaan… MEKASIHHHH

    Afida Anuar

    February 26, 2009 at 6:54 am

  2. LPT tak kena .. LDP pun tak kena. Alhamdulillah.

    Hehe, terima kasih juga~

    M@YaZ

    February 26, 2009 at 8:02 am

  3. nek moto…pasneh beli moto besar…jumpe najib tepi jalan…langgau jek

    Muhamad Hanif

    February 26, 2009 at 8:54 am

  4. itu sebab r die tutop besraya…ade muslihat rupenye…huhhuh…tutup 1 tol..nek 5 tol!!….pakcik kayo!!!

    Mr Asrul

    February 26, 2009 at 9:56 am

  5. seb bek ke cyberjaya xde tol..mekasih gomen!!!wakakakaka..

    agHoo

    February 26, 2009 at 1:17 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: