Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Why u always update bout politics?

with one comment

Salam,

Haha, Kawan baik aku bekerja kat kompeni XXX bernama Baanu a/p Balakrishnan tanya aku pasal soklan ni tadik.

Jap2, sebelum tu meh aku introduce Baanu ni kat kome semua ye (tak yah baca la pada yang tak berminat. Haha, khas untuk baanu.

Baanu; TUA 2 tahun dari aku, mempunyai ramai kawan (dia cakap tadi keh). Sebab tu tadi dia isytiharkan dirinya baik. Dah la isytihar kuat2. Aku dan ajiz terus menolak dakwaan tersebut. Wakaka.

Baanu ni baik. Aku kenal dah lebih setahun. Sebab kiteorang masuk kompeni XXX pada tarikh yang sama. Dia ni dulu senyap. Bijak dalam segala exam. Tetambah exam paper JAVA yang last kali. Gile seh. Nama nya dikenali seantearo XXX. Tapi terkompius bila adiknya Baanureka masuk kompeni XXX. Dan batch adik dia juga memanggil adik beliau dengan nama Baanu.

Baanu ni datang kerja ada driver antar. Hebat kan? Mana tak nya. Team lead untuk project MAS dulu. Wagagaga.

Baanu juga mempunya binatang peliharaan yang dikenali sebagai Rama2 atau Butterfly. Dia juga meminati buah terutamanya buah Epal. Tak tau bagaimana beliau memilih untuk menyukakan Rama2 dan Epal. Tapi itu hak beliau untuk memilih

Beliau tidak pernah sombong bahkan selalu berbuat baik kepada semua orang walaupun dia tak paham Bahasa Melayu sepenuhnya. Sering menjadi bahan buli kepada kawan2 yang suka menyakat(termasuk aku) terutamanya di MAS dahulu.

Ok, berbalik pada soklan asal tadik. Nape aku selalu update politik. Haha, ini pandangan aku, dan pandangan ini dipinta oleh sahabat2 yang tidak berada di Malaysia. Mereka meminta aku update supaya senang derang nak refer. Tak yah bukak banyak2 blog. So aku pun menerimanya dan update segala info yang aku tau hanya untuk tatapan mereka. So bagi yang ada di Malaysia, jangan la mual atau busan dengan blog aku. Aku dah la lakukan tanpa dapat gaji. :-S

Politik sangat mual sekarang ni. Bagi aku, aku takkan sokong UMNO yang ada sekarang ni kena tak suka dengan apa yang mereka lakukan kepada rakyat. Benci itu sangat menebal tatkala membaca fakta2 yang terpapar di media masa. Rakyat hanya dapat melihat sahaja telatah mereka. Mereka seperti tidak sedar yang rakyat menyedari tindak tanduk mereka.

Begitu juga pandangan aku pada DSAI. Tanpa DSAI tiadalah pakatan rakyat. DSAI suatu ketika dahulu sangat aku hormati. Tapi tidak lagi untuk aku sekarang. Nampak sangat sekarang waktu revenge dia. Tak habis2 nak memusnahkan kerajaan yang sedia ada. Dan menjarakkan umat Islam di Malaysia dengan menjadikan Pro-Kerajaan dan Pro-Pembangkang. Pro-pembangkang (pro-pakatan rakyat) kini pula terlampau extreme bagi aku, dan tidak memikirkan rakyat yang lain. Ya, mungkin itu hak anda. Tapi tak perlu melakukan ikut kehendak hati sahaja.

Apa pun anda boleh bersuara dan jangan jarakkan diri kita dengan kawan2 yang lain kerana berbeza pahaman politik. Be fair. Bila la kita akan dapat pemimpin yang dapat mendengar pendapat rakyat dan memilih cara idup yang sederhana seperti TG Nik Aziz. Susah untuk cari pengganti

Haha, panjang pula bebelan aku kali ni. So, kesimpulannya, harap pembaca paham. Segala bentuk post yang berbaur politik dalam blog ini bukannya untuk menunding jari menyalahkan kepada sesiapa. Ia khas dibuat untuk tatapan kawan2 yang berada di luar kawasan Malaysia, dan tidak dapat access site seperti “General News”. Haha😉

Regards,
TeMMon

(Segala yang tertulis adalah luahan hati yang lara bila orang tanya aku pasal politik Malaysia)

Written by aizat84

February 10, 2009 at 8:07 am

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. baanu comel..

    baanu baekk..

    baanu oo baanu..

    bile mao blanja nih…??

    LeLs

    February 11, 2009 at 1:15 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: