Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Dewan Undangan Negeri perak mungkin dibubarkan

leave a comment »

(copy paste dari sini)

Dua Adun Dewan Undangan Negeri Perak telah berhenti. Ini jelas. Tuan Speaker telah membuat keputusan bahawa ada dua kerusi Adun ini telah kosong.

Mengikut Perlembagaan Tuan Speaker Dewan memiliki hak mutlak untuk mengistikarkan kerusi yang telah kosong.

Justeru – kerusi kosong ini wajib di isi melalui pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil atau umum wajib di kendalikan ialah Suruhanjaya Pilihan Raya. Kerana itu nama suruhanjaya ini Suruhanjaya Pilihanraya. Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya kecil atau umum.

SPR tidak ada hak untuk menolak , memikir, berbincang atau berangan-angan – ini BUKAN tugas SPR. Apa yang perlu dilakukan oleh SPR ialah menetapkan tarikh, mencari tempat mengundi dan menyusun para pegawai. Membodek tidak termasuk dalam piagam Suruhanraya Pilihanraya

Kes dua Adun berhenti di Perak tidak sama seperti kes Sabah dan Kelantan pada tahun 80’an dahulu. Amat jauh berbeza.

Di Sabah dan di Kelantan Tuan Speaker Dewan TIDAK membuat apa-apa kenyataan tentang pengosongan kerusi. Ini kerana Tuan Speaker Dewan pada ketika itu di bawah kuasa United Malays National Organisation.

Ini bezanya.

Kalau pada ketika itu Tuan Speaker di bawah Pas atau PBS maka tidak dapat tidak pilihanraya kecil wajib dijalankan.

Surat berhenti telah di terima oleh Tuan Speaker Dewan. Ini hakikat.

Rakyat seluruh negara WAJIB DI BERI TAHU bahawa semua kenyataan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu TIDAK mereka buat scara TERBUKA.

Kenyataan-kenyataan yang keluar ini SEMUANYA melalui orang perantaraan atau ORANG TENGAH. Kenapa ini berlaku? Apakah mereka di tekan atau di perangkap?

Ini amat berbeza dengan suasana ketika mereka menanda tangani surat berhenti. Mereka tersenyum hingga giigi naik ke telinga.

Persoalan sedang ditanya bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia – dimana mereka HILANG selama ini ?

Umum dan rakyat dunia tahu tentang hal hilang menghilang ini. Altantuya hilang. Balasubramaniam hilang. Siapa ‘juru hilang’ ini?

Justeru dua Adun yang telah berhenti ini TIDAK PERLU LAGI DATANG KE DEWAN NEGERI sebagai wakil rakyat. Mereka boleh datang masuk dan duduk di tempat orang ramai untuk mendengar persidangan. Ini hak demokratik mereka.

Kerusi mereka telah kosong. Mereka juga tidak wajib diberikan apa-apa elaun. Bilik mereka juga wajib dikosongkan. Mereka wajib memulangkan kunci bilik dengan serta merta.

Jika mereka TIDAK BERSETUJU maka mereka boleh membawa Kerajaan Perak ke mahkamah. Ini jalan penyelesaian awal.

Tetapi yang lebih TEPAT ialah SPR mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari dari sekarang.

Kerajaan Perak telah memberi SPR 48 jam untuk menentukan tarikah pilihanraya kecil.

Written by aizat84

February 3, 2009 at 6:55 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: