Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Obama tak akan ubah dasar sokong Israel: Dr M

with one comment

PUTRAJAYA: Bakal Presiden Amerika, Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barrack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

“Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan,” katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenenajung Gaza sejak seminggu lalu hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.

Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.

Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.

Katanya walaupun kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, namun rakyat boleh memainkan peranan dengan berkesan khususnya dalam memulaukan semua produk dan barangan Amerika.

Orang ramai boleh dan mampu bertindak. Tak perlu minum Coca-Cola, dan, kalau kita perlu membeli senjata untuk pasukan keselamatan, kita boleh beli dari Rusia, tak perlu kita beli dari Amerika,” katanya.

Dr Mahathir berkata tindakan memulau itu perlu dilakukan secara universal kerana ia tidak akan berkesan sekiranya hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja.

“Kita harus berani. Jika semua rakyat Malaysia bersatu, perkara yang sedikit pun mampu memberi kesan yang besar,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Jenayahkan Perang Kuala Lumpur, bagaimanapun mengakui bahawa impak yang besar akan berlaku sekiranya urusan perniagaan dengan negara itu dihentikan.

“Ada harga yang perlu dibayar jika kita mahu melakukan sesuatu yang baik. Saya berpendapat, jika kita kurangkan penglibatan bersama Amerika mulai sekarang, lama-kelamaan kita akan biasa (tidak bergantung kepada mereka),” katanya.

Beliau berkata, Israel harus dipersalahkan kerana menyerang Gaza manakala Amerika Syarikat dan Britain juga harus dipertanggungjawabkan kerana memberi sokongan padu terhadap rejim berkenaan.

“Saya lihat Amerika sudah menerima tempias dari ini. Kedutaan-kedutaan mereka terpaksa dilindungi dengan tembok tinggi dan dawai berduri. Orang ramai membenci Amerika, tapi itu masalah mereka.

“Yang pentingnya sokongan terhadap Israel perlu dihentikan,” katanya. – Bernama

Written by aizat84

January 6, 2009 at 1:41 am

Posted in Politic

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. us mana la berani nk bangkang israel..

    agHoo

    January 6, 2009 at 4:54 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: