Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Tol turun 10%

with 4 comments

Salam

PLUS dan ELITE turun 10% caj tol. Hanya dari pukul 12 tgh malam sampai 7 pagi. So, kalau aku bangun awal sebelum kul 7. Aku pakai elite gi opis. Wakakaka.

tgh tunggu KESAS dan LDP turun. Sanggup balik kul 12 tengah malam dan 7 pagi. Haha

PLUS Expressway mengumumkan untuk memberikan diskaun 10 peratus kepada pengguna lebuh raya kelolaannya mulai tahun depan. Tetapi ia hanya untuk kenderaan persendirian Kelas 1 dan hanya untuk masa 12 tengah malam hingga 7 pagi.

Mari baca article menarik ini:

“Aku hanya tersenyum sinis membaca laporan mengenai hal tersebut yang diumumkan oleh Mohd. Zin, Menteri Kerjaraya yang wajahnya ala-ala hero hindustan itu. Tertanya juga dalam hati aku PLUS ni ikhlas ke nak bagi diskaun? Sebabnya PLUS tentunya sudah kaji bahawa dalam tempoh tersebut tidak banyak kenderaan persendirian yang melalui plaza tol. Paling banyak pun kereta bernombor pendaftaran “S” dengan pemandu-pemandunya yang “kiasu” meluncur laju menuju ke Genting, terutama pada hujung minggu .

Jadi buat apa beri diskaun dalam waktu tersebut? Dan ketika membaca laporan itu lagi Md. Zin berharap akan lebih banyak kenderaan persendirian akan menggunakan lebuh raya PLUS dalam tempoh tersebut. Tempoh 12 tengah malam hingga 7 pagi bersamaan waktu orang lain semua sedang nyenyak tidur. Dan aku boleh bayangkan jika semua orang berlumba2 untuk menggunakan lebuh raya pada waktu itu, yang paling pening kepala dan sibuk bekerja ialah pihak polis, pihak ambulans dan hospital dan tidak kurang juga kakitangan bilik mayat. Sebabnya aku percaya kadar kemalangan jalan raya akan meningkat. Gara2 inginkan diskaun 10 peratus, semua sanggup memandu awal pagi dan aku percaya sebahagian besarnya berada dalam keadaan mengantuk.

Harus diingat bahawa PLUS adalah syarikat di bawah Khazanah Nasional iaitu sebuah syarikat GLC. Ertinya syarikat ini adalah syarikat milik kerajaan, sama juga dengan Petronas, Telekom Malaysia, TNB, MAS, KTMB dan lain-lain. Semuanya adalah syarikat kerajaan yang mencari wang untuk kerajaan bagi menampung projek2 kerajaan untuk kepentingan rakyat. Tetapi aku dapati sebahagian besar daripada syarikat GLC tidak banyak membantu rakyat secara langsung. Semuanya mencari keuntungan semata2 dan tidak peduli tentang nasib rakyat khususnya golongan miskin. Lihatlah TNB, kerana mengejar keuntungan tarif elektrik dinaikkan dengan alasan harga minyak naik. Bila didesak turunkan harga, mereka kata tak boleh turun selagi harga arang batu tak turun… Ah! pening aku.

Dalam hal ini PLUS perlulah ingat bahawa syarikat ini adalah milik kerajaan dan juga orang awam yang membayar cukai. Jadi, jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata2. Apa salahnya PLUS dan syarikat GLC rugi sedikit kerana ia tidak akan sampai menyebabkan negara bengkrap.

Jadi, andai PLUS benar-benar ikhlas untuk meringankan beban rakyat, berilah diskaun waktu puncak di mana pengguna jalan raya membayar tol yang mahal semata2 untuk mengharungi kesesakan jalan raya. “

cilok dan ciplak dari sini

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

November 18, 2008 at 12:00 pm

Posted in Life, Politic

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. pas kawen nnt..sanggup lg kah?

    Qica@Noli

    November 19, 2008 at 1:42 am

  2. semestinya sanggup~! wakaka

    M@YaZ

    November 19, 2008 at 2:11 am

  3. mmg sengal pun..maleh aku nak tgk paper wlpn tgk rega tol turun..dah tau dah..kelentong lebey..wang karen jek..

    diana

    November 19, 2008 at 3:46 am

  4. kalau dia turunkan pun xkan rugi,sebab bilangan kereta semakin bertambah kt malaysia dan org semakin suka guna highway sebab murah dan cepat,dan tentunya diorg ada pengguna highway yang tetap.

    jafni

    November 24, 2008 at 1:34 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: