Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Biar Jasa Jadi Kenangan

with 10 comments

Skuad KEDAH mencipta satu lembaran sejarah dalam arena bolasepak tempatan apabila mencipta “Double Treble”. Ini bermakna Kedah telah berjaya merangkul enam piala dalam masa dua tahun. Kedah melengkapkan misi menyapu bersih kesemua kejohanan utama negara apabila menewaskan Selangor 3-2 dalam aksi Final Piala Malaysia sebentar tadi.

Biarpun ketinggalan hasil jaringan Frank Seator pada minit 18 namun Kedah bangkit dengan tiga gol menerusi Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Fadly Baharom pada minit ke 31,32 dan 37. Selangor hanya mampu membalas satu gol lagi menerusi Safee Sali pada minit ke-77.

Disaksikan oleh kira-kira 60 000 penonton, ternyata penyokong Kedah lebih mendominasi dengan kehadiran seramai 40 000 orang berbanding penyokong Selangor yang dianggarkan 20 000 orang.

Musim 2007/2008 ternyata milik Kedah kerana tengahari hari perlawanan Kedah mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 100 Plus. Berikut adalah keputusan Anugerah tersebut:-

Penjaga Gol Terbaik : Mohd Helmi Eliza Elias.
Pertahanan Terbaik : Victor Andrag.
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Khyril Muhymeen Zambri.
Penyerang Terbaik : Liew Kit Kong.
Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James.
Pemain Harapan Terbaik : Mohd Fadly Baharom.
Pemain Paling Bernilai : Helmi Eliza Elias.
Kelab Penyokong Terbaik : Kelab Penyokong Perak.
Persatuan Bolasepak Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Jurulatih Terbaik : Mohd Azraai Khor Abdullah.

KEDAH: Mohd Helmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Baddrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Sabree Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

SELANGOR – Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

Berita di ambil dari HijauKuning.com
Gambar dari Jeebsion.com

Written by aizat84

August 24, 2008 at 3:42 am

Posted in Bola Sepak, Leisure

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. HIDUP KEDAH!!!heheh..

    nhusna

    August 25, 2008 at 2:04 am

  2. HIDUP KEDAH!!!heheh..

    nhusna

    August 25, 2008 at 2:04 am

  3. 6 piala berturut2~! .. harap disambung tahun depan. Kedah nya local player still kuat~! huhu ..

    M@YaZ

    August 25, 2008 at 3:59 am

  4. 6 piala berturut2~! .. harap disambung tahun depan. Kedah nya local player still kuat~! huhu ..

    M@YaZ

    August 25, 2008 at 3:59 am

  5. wekkkk…

    Hidup perak!!!

    @naBest

    August 25, 2008 at 6:26 am

  6. wekkkk…

    Hidup perak!!!

    @naBest

    August 25, 2008 at 6:26 am

  7. laa..kedah ker tuh???

    Qica a.k.a Noly

    August 25, 2008 at 7:23 am

  8. laa..kedah ker tuh???

    Qica a.k.a Noly

    August 25, 2008 at 7:23 am

  9. Biar Jasa Jadi Kenangan
    =======================

    Yakinkanlah diri sendiri
    Berjuanglah sejiwa murni..
    Tekun berani sesungguh hati..
    Demi sukan mengharum negeri

    Biar jasa jadi kenangan
    Hijau Kuning lambang kemegahan
    Jelapang padi tempat sanjungan
    Negeri Kedah Darul Aman
    Kedah! Kedah pantang kalah
    Walau sakit jatuh dan rebah
    Bangun lantas semula gagah
    Bujur lalu melintang patah

    Hijau Kuning tanahku
    Darulaman negeriku
    Hijau Kuning darahku
    Negeri Kedah negeriku 2x

    Song : Allahyarham Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil
    Lyrics & Melody : Freddie Fernandes..

    M@YaZ

    August 25, 2008 at 8:06 am

  10. Biar Jasa Jadi Kenangan
    =======================

    Yakinkanlah diri sendiri
    Berjuanglah sejiwa murni..
    Tekun berani sesungguh hati..
    Demi sukan mengharum negeri

    Biar jasa jadi kenangan
    Hijau Kuning lambang kemegahan
    Jelapang padi tempat sanjungan
    Negeri Kedah Darul Aman
    Kedah! Kedah pantang kalah
    Walau sakit jatuh dan rebah
    Bangun lantas semula gagah
    Bujur lalu melintang patah

    Hijau Kuning tanahku
    Darulaman negeriku
    Hijau Kuning darahku
    Negeri Kedah negeriku 2x

    Song : Allahyarham Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil
    Lyrics & Melody : Freddie Fernandes..

    M@YaZ

    August 25, 2008 at 8:06 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: