Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Dugaan Melanda

with 6 comments

Salam semua,

Update untuk politik? No lah. Malas sudah. Bukan sebab tak nak masuk campur. Tapi berkecamuk sangat sejak kebelankangan nih. Hari ni kerje sangat skit. Banyak surf dari buat kerja. Kenapa? Sebab vendor tengah pebetul system. Nak kasik lagi stabil. Pastu baru kitorang test.

Sebenarnya aku rasa semakin hari semakin sesak dan semakin laju jam berdetik. Tau2 dah nak habis bulan August dah. Bulan yang paling singkat aku pernah rasa dalam hidup aku. Tiap2 hari ada ja benda perlu aku buat sampaikan termimpi2. Bukan apa, bila nak kahwin ni macam2 nak kena pikir. Patut la kadang2 tgk orang nak kahwin nih serabut skit. Sebab dia nya otak tak leh nak pikir satu benda ja. Bercabang tak hingat.


Aku nak cerita pasal hari Sabtu lepas, time aku nak mandi, rumah aku takde air. Aku mula pelik. Nak kata tak bayar, air kat Selangor dah free untuk 20m3. Aku bukan pakai lebih pun. So aku tunggu je la. Baju sempat basuh pagi tu. So aku sidai semua baju, then aku amik angin dan lalu jap kat meter paip tu. Kot2 la ade orang dengki kat aku tutup.

Lepas tu baru aku tau. Paip aku tergantung. Pecah~! Adeh la, meter pecah la plak. Terus call PUSPEL 1-800-88-5252, hum, first time call. Bagusnya layanan diorang ni. so lepas dia cakap dia akan buat report. Aku terus amik air kat luar pakai baldi, bawa masuk bilik air. Aku ingat diorang takkan fixed hari sabtu ahad.

Balik dari kenduri siang tu, time aku tengah lepak kat umah menunggu tiba masa adik aku sampai di pudu. Dengar bunyi lori kat luar rumah. Selah curtain, wahha, syabas dah datang. Syabas~! Pantas buat kerja. Contractor tu tengok paip aku, pastu dier cakap dier tak bleh buat. Cet, down terus aku time tu. Dia cakap “bukan paip yang patah ni. Meter. Meter kena bayar bang dan kami tak bleh buat”. Aiseh, bayar ape nye plak ni. Bukan aku patahkan meter tu. Takde keje la.

Pastu sembang jap, dia cakap Syabas salah pasang sebenarnya. terlampau dekat ngan penyambung dan pasang terlalu ketat. Tapi dia cakap lagi, kalau gi kat syabas pun dia suruh bayar. Diorang tak dapat ganti baru punya. Pergh. Panas je dengar. Dah la aku rasa sangat baru je pasang meter tu. Dulu ugut, tak nak tukar kena bayar, dah tukar patah. Sape la tak marah kan.

Pastu aku call balik PUSPEL, dia cakap kat aku mmg sah kena bayar. Then aku tanya berapa, RM73~! Waha, banyak cantik nya. Kena la sound ngan aku dulu. Bukan saya patahkan pun kena bayar ke? Contractor tu pun cakap you all salah pasang meter tu. Pergh, panas aku lepas letak telefon tu.

Then tadi abg aku angkat meter gi syabas. Kaunter cakap kena bayar. Tapi bendulnya diorang kat bawah ni. Diorang tak bleh nak bgtau kenapa kena bayar. Cuma cakap meter patah tak boleh buat apa kena bayar. Kena sound ngan abg aku plak. “Kalau saya langgar lampu merah, pastu polis tahan encik, time tu encik tgh nak lintas jalan kat traffic light tadi, dia cakap kat encik, encik kena bayar saman sebab langgar lampu merah. Abang nak bayar ke?” terkedu jap. “Itu la saya rasa” haha, hantar kat sorang lagi staff .. pun kena lebih kurang.

Last2 diorang hantar kat bahagian meter. Kat situ baru cerita yang meter ni warranty setahun ja. Kalau rosak lepas setahun kena bayar. Waha, then baru aku tau, meter tu syabas tak keluarkan. Sub kat company lain plak. Wah, dah la meter plastik, lagi murah dari meter dulu sub kat orang lain. Pastu dekat2 2 tahun patah kalau ikat ketat sangat. So, kalau satu seksyen 20 buah meter rosak. Sedap giler contractor tu. Ntah2 meter buat dari China ja. Haha. Aku nak buat business gak macam tuh. Hoho

Ape pun. Aku harap kalau Syabas baca post aku kali ni, Harap diorang (maksud aku staf2 semua) dapat ilmu sepenuhnya pasal maslahah umat dan memberi jawapan yang sangat membantu pelanggan. Jangan jawab ikut suka, then bila tanya lebih lanjut tak reti nak jawab dah. Kadang2 aku tertanya2 kenapa perlu tukar ke meter plastik sedangkan meter lama tu masih elok. Adakah ianya berkaitan ngan politik? Malas nak pikir.

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

August 19, 2008 at 8:05 am

Posted in Life, Puspel, Syabas

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. For ur information, this how Tan Sri Razali (Pengerusi or CEO SYABAS make money) All company supply pipe, water tank and meter at KL, Selangor already bought by this person. So everything that supply to SYABAS must from their supplier. Other company connot supply bcoz SYABAS got list of company that approved to supply equipment to them. This how kroni2 make money, then now baru la gov sedar, so sebab tu la ada SPAN. Actually kalau nak kejam dengan syabas..kalau diorg datang pasang jer meter baru, patahkan jer sesiap before setahun…hehehe

    Anonymous

    August 19, 2008 at 1:52 pm

  2. For ur information, this how Tan Sri Razali (Pengerusi or CEO SYABAS make money) All company supply pipe, water tank and meter at KL, Selangor already bought by this person. So everything that supply to SYABAS must from their supplier. Other company connot supply bcoz SYABAS got list of company that approved to supply equipment to them. This how kroni2 make money, then now baru la gov sedar, so sebab tu la ada SPAN. Actually kalau nak kejam dengan syabas..kalau diorg datang pasang jer meter baru, patahkan jer sesiap before setahun…hehehe

    Anonymous

    August 19, 2008 at 1:52 pm

  3. Wow, thanks 4 de info. Very informative. I will broke the paip before 1 year. Of Course, then aku rasa lagi lega. Thanks ya~!

    M@YaZ

    August 20, 2008 at 8:45 am

  4. Wow, thanks 4 de info. Very informative. I will broke the paip before 1 year. Of Course, then aku rasa lagi lega. Thanks ya~!

    M@YaZ

    August 20, 2008 at 8:45 am

  5. haha…leh tahan idea tu..yg aku paham dlu, depa tukaq meter plastik sebab nak elak kecurian…kan byk mat pit suka curi meter besi then juai..cuma x tau sapa la yg nak beli meter tu..isk..

    hafist

    August 27, 2008 at 7:20 am

  6. haha…leh tahan idea tu..yg aku paham dlu, depa tukaq meter plastik sebab nak elak kecurian…kan byk mat pit suka curi meter besi then juai..cuma x tau sapa la yg nak beli meter tu..isk..

    hafist

    August 27, 2008 at 7:20 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: