Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Hantu?

leave a comment »

Salam,

Tunang aku asyik cerita hantu ja dalam blog dia aku pun boh tajuk hantu walau tarak kena mengena ngan hantu😉

Bestnye balik kampung. Rileks. Ingat rileksnya dibawa sampai ke naik bus. Sebab aku sekarang ni kalau naik bas, lena dan lentok tanpa disedari. Haha.

(aku nak cerita dalam loghat kedah boleh kah?)

Cerita dia aku naik baih pukui 12 malam sepatutnya. Tapi baih tak mai mai sampai pukui 12.20am. Dah sampai tu bila naik, dah awai2 kena sound ngan dreba yang sangat strict. First time naik bas kena sound. HuHu~. Bebel dekat 10min, baca doa, pastu baru gerak. Buat pengetahuan semua, bas mara linear ni bila nak bertolak macam kapai terbang. Dia bagi announcement. Tapi pagi tadi dia beletiaq. Tuh tak tahan tuh.

So gerak la bas, tak dan keluar Shahab Perdana(Stesen Bas) aku dah lelap mata dah. Lentoq. Huhu. sedap lena. Air cond tak tutup. Pergh, nikmat. Naik punya naik tiba2 aircond panas. Tak pa lagi. Layan tidoq lagi. Pastu bangun sebab engine bas berenti tiba2. Macam bunyi apa tak tau sebelum engine mampuih. So tak pa la, ingat dreba ngantuk, nak tukaq pilot ka. Kan pilot ada dua. hehe. Sedapkan hati lagi.😀

Aku bangun lagi. Pukul 2.30am. pergh. Peluh melelih kat sightburn ngan leheq aku. Baju dah mula serap peluh. Tak selesa. Aku pun signal abg aku, jum turun. Tgk dia sambung. Aku pun dah dia sambung. Aku sambung la tiduq. haha. Sebab seat kami couple. Dia dok bahagian luar. Aku dalam. Kalau dia tak keluar. Renyah skit nak keluar. Kena plak badan aku besaq kan.

kul 3.00am abg aku turun. haha. Tak tahan hangat dah kot. Time tu pun segerombolan dah turun baih tu. Tapi depa isap rokok. Aku turun, lepak depan bas, terlentang. Satu2 nya mamat gila tiduq dalam baih tu gamaknya. Keluaq bas pun lena lagi. MAcam tarak problem. Ya la, dok pikiaq2 pasal bas rosak pun bukan boleh buat apa. Lain la aku mekanik ka kan. haha.

Pukul 4.00am, still lena atas jalan. Sampai dekat pukul 5 baru baih shuttle (bas pakai dalam pekan) mai. 2 pintu. Dreba kata naik bas blakang. Aku pun angkut barang2 aku yang banyak (Kuah Rojak Mak Bee Sekotak, Cadar Sekotak, Perkasam lagi dan macam2 lagi la) Naik bas baru tu. nak lentoq, tolak kerusi nak turun bagi lena skit. Haram tak boleh. Ampeh betui. Kena dok tegak. Sakit pinggang. Isk, jauh lagi pa nih. Jenguk kat luar, Bukit Gantang pun tak sampai lagi. HuHu. haish. Dan ka pi opis harini? Argh, dan tak dan aku Hidden ja. huhu.

Keraih tak keraih seat tu aku lena gak. Lena tapi tak puas macam naik bas xpress mara lena hat awai2 tu la. tersengguk2 aku tiduq. Sampai kat cerah la. Dah la bukak radio sampai aku boleh bawa ke mimpi. Hehe, mimpi apa? Teet~!Sampai ja Sungai Buloh pagi tu start jem macam haram. So aku tengok uncle seblah, sembang sat, dia kata jenuh dia. Dah la keja gomen. nak masuk opis sebelum pukul 8. Dah la opis kat Putrajaya. Phew. Aku kata nak buat lagu mana. Benda nak jadi uncle. Bukan kita rancang pun. (bt pengetahuan semua uncle ni mmg aku jumpa tiap2 kali balik ke KL dari Alor Star sebab dia pun suka naik bas 12.00am)

Sampai ja hentian putra aku amik keta aku kat situ. Pastu gerak. Sampai rumah, rehat sat, mandi, pi kerja. Sampai opis pukul 11 pagi. yeY. Kerja bertimbun depa tinggai kat aku. Terima kasih~!

Anyway aku bersyukur sebab tarak apa jadi kat aku. So semua selamat. Incident sangat memenatkan. Tapi still aku suka. Sebab aku boleh balik kampung. So, 3/4 minggu lagi aku mau pulang kerumah😀

Regards,
TeMMon~

Written by aizat84

August 4, 2008 at 9:21 am

Posted in Leisure, Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: