Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Susahnya mencari wang?!

with 12 comments

Salam,

Soklan yang selalu aku dapat bila ditanya kawan2 ujung minggu ni buat apa. Sebulan minimum sekali aku balik Kampung. Kadang2 tiga/empat kali. Sampai orang cakap rajinnya balik kampung, tak penat kah?

Penat? Tak pernah pun aku pikir penat kecuali bila dah sampai kuala lumpur ni. Bandar metropolitan yang sangat tak seswai untuk orang macam aku nih hidup. Tempat yang senang cari makan, tapi tak senang nak idup sangat. Kalau senang pun banyak menyusahkan orang lain. Memaksa orang lain. Menipu orang lain. Heh, busan kadang kalau kita dah tau taktik2 diorang nih. Yang minta sedekahnya, boleh bekerja semuanya, tetapi ambil keputusan untuk meminta sedekah tanpa sebarang usaha lain untuk memajukan diri. Cebur la satu bidang yang diminati seperti kraftangan, dan jual kan pada orang. Jangan la minta sedekah sahaja.

Aku dibesarkan di Kuala Lumpur dan Alor Star. Dua bandar yang sangat berbeza sekali suasana dan cara hidup. Aku tak pernah hidup berasrama. Mungkin itu adalah sebab utama aku terlalu rapat dengan umi ngan abah. Yep, nak dikatakan manja pun tak kisah. Sebab aku dibesarkan dengan penuh kesusahan dengan meraka. Disebabkan tak duduk asrama aku dapat melihat bagaimana pasangan suami isteri bergelut untuk membesarkan 4 orang anak. Bertekak dan berkelahi untuk memajukan diri anak2. Kadang sampai naik takut aku. Tapi aku dapat belajar erti hidup dengan lebih bermakna. Aku tau bertapa susahnya meraka membesarkan kami berempat. Aku sangat bersyukur kerana tidak dapat memasuki asrama sehingga tingkatan 5.

Setelah berada di universiti, aku tidak duduk diam. Aku tau mereka susah mencari duit. Ptptn menolak permohonan untuk pinjaman penuh. Aku terdiam. Nak mintak full ke tak? tanya parents, disebabkan kedua-dua bekerja aku tak dapat pinjaman full. Mereka cakap “tak apalah, tak cukup umi dan abah bantu nanti”. Dalam hati aku, aku tak mahu menyusahkan mereka. Setengah kawan-kawan ada bercakap, sebelum bekerja ni la kena susahkan mak ayah. Tapi aku tak mahu.

Aku mula mencari peluang2 mencari duit. Satu per satu perniagaan MLM aku mencuba. Tapi semuanya tak berjaya. Feed-up dan lagi tahu susahnya mencari duit. Duit habis tapi tiada pulangan yang menguntungkan. Aku pun mula pahatkan satu prinsip. Aku tak boleh MLM. Aku perlukan perniagaan secara lebih serius tanpa perlu menindas sesiapa. Aku mula mencari pekerjaan part time so dah ada pendapatan tetap. Ya, alhamdulillah dapat bekerja di kolej kediaman sendiri. Bila cuti bekerja di kolej. Waktu belajar aku mencari banyak peluang-peluang yang ada seperti membaiki komputer, menjual pakej streamyx dan sebagainya. Aku mula yakin dengan diri aku. Sekarang aku boleh bergantung pada diri sendiri tanpa memerlukan bantuan ibu bapa aku sepenuhnya.

Habis belajar aku dengan penuh yakin membuka dan merancang perniagaan lebih serius di Alor Star. Ya, dalam bidang pengkhususan yang aku belajar di universiti semestinya. Aku daftar perniagaan, Aku cuba sedaya upaya marketing. Tapi malangnya disebabkan tiada pengalaman, orang tidak pandang aku. Dan memandang IT sesuatu yang tidak di perlukan lagi. Susah mencari makan. Aku pun balik ke kuala lumpur mencari peluang untuk makan gaji. Aku dapat bekerja di company catering selama 3 minggu. Banyak aku pelajari di situ. Cara menguruskan perniagaan yang betul sangat perlu dalam perniagaan. Jika tak orang akan mencemuh kita dan busan dengan kita.

Aku pun merancang semula perniagaan aku dan di samping itu bertekad di dalam hati. Jika tidak dapat company Multi National Company (MNC) aku malas nak makan gaji. Aku pun mencari client2 pertama aku untuk memulakan business. Tetapi peluang pekerjaan di MNC lebih awal sampai ke tanganku. Dengan gaji yang diberikan, aku pun memikirkan aku sudah berjanji pada diri sebelum ni. Takkan nak mengungkirinya pulak. Aku pun terima ja seadanya. Bila masuk sahaja MNC selama tak sampai sebulan. Ada company yang berminat untuk membina laman web. Terima kasih abah, atas bantuan abah jugalah dapat satu project yang amat bermakna.

Serampang beberapa mata mula keluar setelah aku bekerja MNC. Aku buat IT solutions, aku pun jual barangan dari Pekan Rabu seperti Kuah Rojak Mak Bee dan Ikan Perkasam. Mula dengan pesanan orang. Sekarang berani amik stock. Terima kasih kawan2. Lepas 8 bulan bekerja aku berjumpa dengan Kak Siti Hawa. Beliau dari bidang aerospace terus menceburi bidang home decorations. Prinsip beliau, tidak mahu makan gaji. Menarik, dia mengajak aku untuk menyertai team menjual cadar. Dan alhamdulillah sekarang dah masuk bulan ke-2 dan mula dapat merasa keuntungan walaupun tidak sebanyak mana. Duit tu akan digunakan untuk modal pusing. Aku tidak mahu menjadi seperti kebanyakkan peniaga melayu yang tidak tahu membezakan gaji dan asset. Segala keuntungan sekrang ni aku jadikan asset untuk terus berjaya dalam perniagaan.

InsyAllah, dengan duit yang aku kumpulkan akan aku berikan kepada yang memerlukan jika berjaya nanti. Ramai umat yang masih memerlukan khidmat aku. Aku akan terus membantu dari segala aspek sekali pun.

Sekarang aku dapat merasakan sedikit keseronokan dan kepuasan hidup. Puas dengan apa yang aku dah buat dan rancangkan. Sebulan 2 kali aku balik untuk berjumpa umi dan abah. Nak berterima kasih tak tau macammana. Hanya dengan kepulangan anakanda mu ni boleh kot berterima kasih. Ada apa dengan duit untuk diberikan. Kasih sayang perlu diutamakan. Selagi hayat dikandung badan ku, akan ku berbakti untuk membahagiakan dan menyenangkan mereka.

Cita-cita ku masih jauh. Aku ingin membantu keluargaku di suatu masa nanti. Biar semua dapat bergantung padaku. Termasuklah juga bakal keluargaku nanti. Wang bukanlah segala kebahagian. Sebanyak mana wang yang anda ada, jangan tinggalkan kawan dan keluarga, dan juga jangan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri..

~TeMmOn~

Written by aizat84

July 14, 2008 at 3:05 am

Posted in Leisure, Life, Tips

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Wahhh..ajat bagusnya ada semangat dan cita-cita untuk maju dalam bidang biz.

    Akak sokong!

    Afida Anuar

    July 14, 2008 at 7:04 am

  2. Wahhh..ajat bagusnya ada semangat dan cita-cita untuk maju dalam bidang biz.

    Akak sokong!

    Afida Anuar

    July 14, 2008 at 7:04 am

  3. Yes. I belip i can terbang~!

    M@YaZ

    July 14, 2008 at 7:11 am

  4. Yes. I belip i can terbang~!

    M@YaZ

    July 14, 2008 at 7:11 am

  5. yeah..truskn usaha murni anda..
    noni sokong..huhu

    nhusna

    July 14, 2008 at 8:15 am

  6. yeah..truskn usaha murni anda..
    noni sokong..huhu

    nhusna

    July 14, 2008 at 8:15 am

  7. erk .. hehe😀 .. tq nurul

    M@YaZ

    July 14, 2008 at 8:52 am

  8. erk .. hehe😀 .. tq nurul

    M@YaZ

    July 14, 2008 at 8:52 am

  9. wow~

    mira

    July 15, 2008 at 2:37 am

  10. wow~

    mira

    July 15, 2008 at 2:37 am

  11. Nothing la mira .. dont wow me ..😀 Semua telah ditakdirkan~

    M@YaZ

    July 15, 2008 at 8:53 am

  12. Nothing la mira .. dont wow me ..😀 Semua telah ditakdirkan~

    M@YaZ

    July 15, 2008 at 8:53 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: