Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Saidina Bilal ra dan cinta Rasul saw

leave a comment »

Walau dah banyak kali aku baca .. still aku rasa cerita cinta paling best. layan. Taken from anak soleh

Selepas kewafatan Rasulullah saw, saidina Bilal ra antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi saw. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal ra didatangi oleh baginda saw dalam mimpi. Baginda saw berkata : “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi saw. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi saw telah meletakkan cintanya kepada rasulullah saw melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Selesai melepas rindunya kepada baginda saw di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi saw, Hasan dan Husin ra. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal ra ; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah saw di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi saw kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi saw masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah saw telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal ra mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda saw. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewatan nabi saw selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi saw.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah saw, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Written by aizat84

July 1, 2008 at 8:37 am

Posted in Muhasabah Diri, Tips

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: