Life & Leisure

Steps of life to be remembered

Bersyukurlah

leave a comment »

ekarang semua orang bising pasal minyak naik. Yes, kelemahan system pentadbiran negara i agreed. But somehow, Allah turunkan bala kat kita yang semakin hari semakin senang dan melalaikan DIA. Kita sangat mudah untuk mendapatkan apa yang kita mahu sampai kan Allah terpaksa mengambil sedikit demi sedikit hak kita. 

Dahulunya .. mudah nak mendapatkan minyak dan beras. Sekarang? walaupun kita antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, dan dapat menanam padi sendiri, still ianya tak mencukupi. Kenapa? Bersyukurlah sahabat2ku. Marilah kita kembalikan syiar2 Islam. Sama kita belajar mensyukuri. Marilah kita sama2 berikrar untuk sujud syukur kepada Ilahi sekurang2nya sehari sekali. Berterima kasihlah kepadaNya atas apa yang dikurniakannya. Percayalah, segala kesusahan ini hanya lah sementara bagi kita. Kita tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdirNya. 

Tidak ramai yang senyum bila derita melanda, kerana kita tidak sedar yang Allah sedang menguji kita sebagai umatNya. Kita sering mengeluh, banyak perlu kita tanggungi, tapi kita tidak menyelami hidup mereka yang sehelai sepinggan dan makan makanan sisa2 kita. 

Cuba kita renungi di kafe2 ketika kita makan. Berapa ramaikan antara kita makan sehingga licin? Makan sehinggakan tidak ada sebutir nasi pun yang tingggal? Brapa ramai antara kita yang sanggup mengambil semua makanan yang hanya jatuh diatas meja? Berapa ramai pula sanggup mengikut sunnah untuk menjilat jari selepas habis makan? Malu? Malu menguasai diri sedangkan rezeki tidak dihabiskan. Marilah kita sama2 mensyukuti nikmat Allah berikan. 

Biarkan orang lain menzalimi diri kita dengan kenaikkan harga barang. Tetapi Allah akan sentiasa bersama orang2 yang di zalimi. Renung2kanlah bersama2. ingat lah bahawa Allah bersama kita diwaktu susah mahupun senang. Bersyukurlah. Luahan Insan Jahil Lagi Hina di muka bumi ini~

Written by aizat84

June 19, 2008 at 4:04 pm

Posted in Muhasabah Diri, Tips

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: